I see . I hear . I experienced . And I wrote this.

Friday, May 4, 2012

Kuasa Sang Tetikus


Saya cuba mengenengahkan  situasi yang begitu hampir dan selalu dilakukan oleh kita.Sesuai dengan tajuknya,

" Kuasa Sang Tetikus

Sama seperti bakteria Yersinia yang mendiami badan tikus mampu menyebarkan penyakit kepada manusia,hakikatnya dengan hanya satu KLIK, "bakteria maya" ini akan tersebar kepada umum dan pada masa ini anda terdedah kepada ,                              
                                                           JENAYAH SIBER!



Situasi 1:

Anda  begitu asyik memuat naik gambar-gambar ke dalam Facebook
 (memandangkan ia menjadi kegilaan remaja kini) tanpa anda sedari tindakan anda telah diperhatikan oleh



( kredit kepada endlessorigami.blogspot.com)

SI PENGENDAP@ STALKER

Stalker tersebut telah memanipulasikan gambar anda untuk kepentingan dirinya dan gambar tersebut telah disebarkan kepada umum. FREEZE!
Fikirkan,adakah anda mahu gambar anda digunapakai dengan sewenangnya tanpa izin anda? Facebook tetap menyimpan gambar-gambar anda dalam pengkalan data mereka walaupun anda telah membuangnya.



Situasi 2:

( kredit kepada blogs.digitts.com )

Anda mengisi SEMUA maklumat yang diperlukan.

FREEZE!


Tahukah anda,tindakan anda itu akan mendedahkan anda kepada


Si pencuri identiti @Identity thef

Mahukah anda dihubungi/diganggu oleh orang yang tidak anda kenali  Fikirkan.Elakkan mendedahkan identiti anda terutamanya no telefon dan alamat di Facebook.

Kesimpulannya,manusia itu dikurniakan akal untuk berfikir.Fikirkan offline consequences jika anda melakukan situasi-situasi tersebut.


" FIKIR SEBELUM KLIK 
      HINDARI JENAYAH SIBER "

( e-Access , e-Interaction & Collaboration, e-Safety )




        
           



Tuesday, May 1, 2012

Ilmu.Pengalaman.

Dua perkara membezakan kita dan manusia lain:


1) Ilmu
2) Pengalaman


27-29/4 aku berpeluang menyertai camping bersama classmates subjek Rekreasi Luar. 3 hari 2 malam di Hutan Simpan Ayer Hitam,Puchong.Kalau dalam kelas,tak sempat pon nk knl karakter sorang2.tp dari camping ni boleh knl perangai sorang2.bezanya camping ni,kite tak begitu mengenali peserta lain & perlu mengadaptasi dgn situasi baru.ice breaking yg aku kira sgt menarik.berbeza dgn sblm ni.aku antara yg paling muda.mcm2 yg dipelajari dr senior2 ni.pemikiran mereka agak berbeza dgn yg junior2 ni.tak mudah melatah.kalo di kolej,mungkin org kenal aku.tahu perangai aku mcm mane.selalu hari lain aku asyik menjadi ketua n manager,kali ni aku menjadi follower.aku melihat kredibiliti org lain menjadi ketua.idea mereka untuk cheers,mlm kebudayaan n team spirit untuk aktiviti yg lain.even group aku semua perempuan tapi kekuatan kami sama mcm ada lelaki.alhamdulillah,group aku,Gegirl,group terbaik untuk camping ni.aku semakin confident dgn air.da boleh berenang.mungkin lepas ni snorkeling da takyah pegang tgn org.1 more thing pengalaman baru untuk high rope aktiviti.tagline KJR 13,challenge your limit! terima kasih memberi peluang menjadi AJK Makanan,at least aku tahu susahnya memikirkan menu untuk 70 org.susahnya mencari peralatan untuk memasak.selama ni merungut je kalo itu ini tak cukup.


Hari ni,1/5/2012,KPSM gathering di K5.byk idea2 baru dari urusetia terutama dalam game outdoor.tahniah adik2.see,pengalaman yg mungkin kita dpt dari aktiviti sblm ini boleh diguna pakai untuk aktiviti lain.terima kasih untuk button yg comel.juga untuk hari ini,aku menjadi follower.enjoy my day.

for both kelas Rekreasi Luar 2012 n urusetia KPSM gathering,terima kasih untuk kenangan ini.




Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Terima kasih untuk kenangan ini,
Lain hari berjumpa lagi. :)




p/s: teruja bila ade classmates org Perak.tak malu nk bersoreh bahasa Perak le jawabnye bila ade gu. :)



Saturday, April 14, 2012

a way to express sorry

maaf,maaf & maaf,
bukan aku menolak c.i.n.t.a,
tp nak menyebutnya pon aku malu.
bukan aku jual mahal,
tp aku tak reti.aku tak faham.
bagus juga di 'ajar' kan aku begini,
mungkin aku akan lebih alert :D
sudahnya,kau temu yg lain,
lama,baru aku sedar,
ada rasa untukmu.( see,nak sebut suka pon aku malu )
langkah terbaik,buat seperti biasa
supaya hilang rasa itu.
sukar menyayangi & mempercayai ada yg menyayangi aku,itulah aku.
mungkin pengalaman lalu,buat aku begini.
sekian.




p/s: hei hei,bakteria,virus,protozoamu byk menunggu.
        utamakan mereka dahulu.





Friday, March 16, 2012

Lembutkan hatimu~

are we in the right way to heaven?

" ketika tuhan berkata kepadaku,takkah kau malu bermaksiat kepadaku? Kau sembunyikan dosa dari makhlukku,tapi dengan penuh noda kau menghadapku? "

renung-renungkan.

Saturday, January 14, 2012

:: From the eldest to the youngest ::

wahai adikku yg paling manja,
bersabarlah.sakit kaki tu hanya permulaan.
dulu yong juga macam tu.
mengangkut beg yang berat,balik tengah hari rembang,
penat.lelah.sakit kaki.sakit badan.rasa nak menangis.
tapi,kuatkan semangat.
bukankah setiap perjalanan kita menuntut ilmu itu satu sedekah?
banyak pahala sehari tu.


duhai adik,
jangan bersedih jika impianmu tak tertunai,
Allah itu kan ada.luahkan padanya.
katakan impianmu pada-Nya,
pasti akan ditunaikan impianmu suatu hari nanti.
betulkan niat. sematkan Dia dalam hatimu selalu.


duhai adik yang manja,
banyak yg ingin dibicarakan,
tapi biarlah yong higlightkan yang penting sahaja,
selamat memasuki fasa kedua alam sekolah menengah.
fasa inilah kau akan mengalami banyak perubahan
cinta monyet.itu pasti.


adik,
jauhkan dirimu dari cinta monyet itu ya,
tak salah berkawan.tapi yakinlah cinta di zaman sekolah belum tentu kekal
banyak lagi manusia yg akan kau kenal,
banyak lagi perkara lain yg akan kau tempuh,
cari identitimu,jauhkan diri dari terpengaruh dgn rakan sebaya,
enjoy your school time,
believe in me,kenangan di sekolah menengah adalah kenangan yg paling sukar dilupakan.


kuasai pelajaranmu,ubahkan pemikiranmu,
gunakan sebaik mungkin akal yg Allah berikan,
sedangkan belakang parang boleh diasah menjadi tajam,inikan pula otak manusia.
ingat pengorbanan mak ayah,
pasti dirimu akan lebih bermotivasi.
believe in me.


adik,
lepaskan apa yang bukan kepunyaanmu,
lepaskan segala yg pahit,
cipta kenangan manis selalu sewaktu bersekolah,
keep my words,JANGAN DIHANYUTKAN DEK KESERONOKAN ZAMAN REMAJA,
ikhlaskan hati.ikhlaskan hati.ikhlaskan hati.
remember mom,dad and Allah.always.




p/s:  tak dapat nak call.hopefully adik faham apa yang yong nak sampaikan ya,susah nak ckp 
        time chatting.I know,SMK Seri Perak is such a big school.I'm a SEMARAKIAN last time.I 
         am to be there. If i can do that,why not u? sakit kaki is just a beginning. lame2 adik akan 
         biase.keep my words.live life to the fullest.Kalo tak faham,translate sendiri ya ;)
      

Wednesday, January 11, 2012

Kerana Dia pencipta segalanya

Lepaskan semua yg bukan kepunyaanmu,
lepaskan semua yg pahit,
bahagiakan hidupmu.
buka mata,pandang sekelilingmu,
mereka-mereka menghulurkan tangan padamu,
mengapa tidak kau menyambutnya?
mengapa hanya melihatnya?
mengapa perlu mengulangi kesalahan lalu?
tidakkah kau tahu rugi bagi mereka yg tidak belajar dari kesilapan lalu

Lepaskanlah semua yg bukan kepunyaanmu,
lepaskan semua yg pahit,
menangislah.redhalah.yang manis & pahit, semua itu warna warni kehidupan
tidaklah Allah mengujimu melainkan dengan kemampuanmu
hidup ini indah jika difikirkan
hidup ini bosan jika difikirkan
indah,bosan kita yg mencorakkan
dikau yg bertuah,
sambutlah tangan mereka,
mereka pasti akan membimbing dikau
menuju ke jalan yang diredhai Rabb

Lepaskan semua yg bukan kepunyaanmu,
lepaskan semua yg pahit
ukirlah senyuman di bibirmu,
sambutlah tangan mereka yg menghulur,
ketahuilah,mereka itu sahabat dan keluarga,
mereka pasti tidak akan meninggalkan kita,
di saat kita kecewa,kesedihan dan sebagainya.

Lepaskanlah semua yg bukan kepunyaanmu,
lepaskan semua yg pahit,
hargai dirimu.kerana dirimu begitu berharga.
live life to the fullest
because experiences is a good teacher.

p/s: first entry 2012. semester 3 almost end. hai hai semester 4. microbiologist-to-be,InsyaAllah 
        :)