I see . I hear . I experienced . And I wrote this.

Friday, May 4, 2012

Kuasa Sang Tetikus


Saya cuba mengenengahkan  situasi yang begitu hampir dan selalu dilakukan oleh kita.Sesuai dengan tajuknya,

" Kuasa Sang Tetikus

Sama seperti bakteria Yersinia yang mendiami badan tikus mampu menyebarkan penyakit kepada manusia,hakikatnya dengan hanya satu KLIK, "bakteria maya" ini akan tersebar kepada umum dan pada masa ini anda terdedah kepada ,                              
                                                           JENAYAH SIBER!



Situasi 1:

Anda  begitu asyik memuat naik gambar-gambar ke dalam Facebook
 (memandangkan ia menjadi kegilaan remaja kini) tanpa anda sedari tindakan anda telah diperhatikan oleh



( kredit kepada endlessorigami.blogspot.com)

SI PENGENDAP@ STALKER

Stalker tersebut telah memanipulasikan gambar anda untuk kepentingan dirinya dan gambar tersebut telah disebarkan kepada umum. FREEZE!
Fikirkan,adakah anda mahu gambar anda digunapakai dengan sewenangnya tanpa izin anda? Facebook tetap menyimpan gambar-gambar anda dalam pengkalan data mereka walaupun anda telah membuangnya.



Situasi 2:

( kredit kepada blogs.digitts.com )

Anda mengisi SEMUA maklumat yang diperlukan.

FREEZE!


Tahukah anda,tindakan anda itu akan mendedahkan anda kepada


Si pencuri identiti @Identity thef

Mahukah anda dihubungi/diganggu oleh orang yang tidak anda kenali  Fikirkan.Elakkan mendedahkan identiti anda terutamanya no telefon dan alamat di Facebook.

Kesimpulannya,manusia itu dikurniakan akal untuk berfikir.Fikirkan offline consequences jika anda melakukan situasi-situasi tersebut.


" FIKIR SEBELUM KLIK 
      HINDARI JENAYAH SIBER "

( e-Access , e-Interaction & Collaboration, e-Safety )




        
           



No comments:

Post a Comment