I see . I hear . I experienced . And I wrote this.

Friday, May 4, 2012

Kuasa Sang Tetikus


Saya cuba mengenengahkan  situasi yang begitu hampir dan selalu dilakukan oleh kita.Sesuai dengan tajuknya,

" Kuasa Sang Tetikus

Sama seperti bakteria Yersinia yang mendiami badan tikus mampu menyebarkan penyakit kepada manusia,hakikatnya dengan hanya satu KLIK, "bakteria maya" ini akan tersebar kepada umum dan pada masa ini anda terdedah kepada ,                              
                                                           JENAYAH SIBER!



Situasi 1:

Anda  begitu asyik memuat naik gambar-gambar ke dalam Facebook
 (memandangkan ia menjadi kegilaan remaja kini) tanpa anda sedari tindakan anda telah diperhatikan oleh



( kredit kepada endlessorigami.blogspot.com)

SI PENGENDAP@ STALKER

Stalker tersebut telah memanipulasikan gambar anda untuk kepentingan dirinya dan gambar tersebut telah disebarkan kepada umum. FREEZE!
Fikirkan,adakah anda mahu gambar anda digunapakai dengan sewenangnya tanpa izin anda? Facebook tetap menyimpan gambar-gambar anda dalam pengkalan data mereka walaupun anda telah membuangnya.



Situasi 2:

( kredit kepada blogs.digitts.com )

Anda mengisi SEMUA maklumat yang diperlukan.

FREEZE!


Tahukah anda,tindakan anda itu akan mendedahkan anda kepada


Si pencuri identiti @Identity thef

Mahukah anda dihubungi/diganggu oleh orang yang tidak anda kenali  Fikirkan.Elakkan mendedahkan identiti anda terutamanya no telefon dan alamat di Facebook.

Kesimpulannya,manusia itu dikurniakan akal untuk berfikir.Fikirkan offline consequences jika anda melakukan situasi-situasi tersebut.


" FIKIR SEBELUM KLIK 
      HINDARI JENAYAH SIBER "

( e-Access , e-Interaction & Collaboration, e-Safety )




        
           



Tuesday, May 1, 2012

Ilmu.Pengalaman.

Dua perkara membezakan kita dan manusia lain:


1) Ilmu
2) Pengalaman


27-29/4 aku berpeluang menyertai camping bersama classmates subjek Rekreasi Luar. 3 hari 2 malam di Hutan Simpan Ayer Hitam,Puchong.Kalau dalam kelas,tak sempat pon nk knl karakter sorang2.tp dari camping ni boleh knl perangai sorang2.bezanya camping ni,kite tak begitu mengenali peserta lain & perlu mengadaptasi dgn situasi baru.ice breaking yg aku kira sgt menarik.berbeza dgn sblm ni.aku antara yg paling muda.mcm2 yg dipelajari dr senior2 ni.pemikiran mereka agak berbeza dgn yg junior2 ni.tak mudah melatah.kalo di kolej,mungkin org kenal aku.tahu perangai aku mcm mane.selalu hari lain aku asyik menjadi ketua n manager,kali ni aku menjadi follower.aku melihat kredibiliti org lain menjadi ketua.idea mereka untuk cheers,mlm kebudayaan n team spirit untuk aktiviti yg lain.even group aku semua perempuan tapi kekuatan kami sama mcm ada lelaki.alhamdulillah,group aku,Gegirl,group terbaik untuk camping ni.aku semakin confident dgn air.da boleh berenang.mungkin lepas ni snorkeling da takyah pegang tgn org.1 more thing pengalaman baru untuk high rope aktiviti.tagline KJR 13,challenge your limit! terima kasih memberi peluang menjadi AJK Makanan,at least aku tahu susahnya memikirkan menu untuk 70 org.susahnya mencari peralatan untuk memasak.selama ni merungut je kalo itu ini tak cukup.


Hari ni,1/5/2012,KPSM gathering di K5.byk idea2 baru dari urusetia terutama dalam game outdoor.tahniah adik2.see,pengalaman yg mungkin kita dpt dari aktiviti sblm ini boleh diguna pakai untuk aktiviti lain.terima kasih untuk button yg comel.juga untuk hari ini,aku menjadi follower.enjoy my day.

for both kelas Rekreasi Luar 2012 n urusetia KPSM gathering,terima kasih untuk kenangan ini.




Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Terima kasih untuk kenangan ini,
Lain hari berjumpa lagi. :)




p/s: teruja bila ade classmates org Perak.tak malu nk bersoreh bahasa Perak le jawabnye bila ade gu. :)