I see . I hear . I experienced . And I wrote this.

Friday, March 4, 2011

:: adakah kita bertemu dgn org yg salah? ::

 tazkirah Jumaat,
"adakah kita bertemu dgn org yg salah?"
teman sekerja yg x ngam?
kwn2 U yg x boleh wat geng study?
roommate yg menyakitkan hati?
atau kekasih yg tbe2 rase x serasi?
ataupun adik2 beradik atau family yg kite x boleh fhm perangai mereka?



dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?di situlah, kita kene sentiasa berusaha mencari titik persamaan…Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.Takkan!Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.Namun, tentu sebenarnya mereka yang ‘salah’ itu sendiri banyak mengajar kita,akan kekurangan diri kita sendiri.Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,Untuk kita belajar sesuatu darinya.Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah… semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan..Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ketidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

p/s:aku pon mcm nie jugak,bile da tak baik dgn someone,slalu aku ckp napelah aku bertemu dgn die nie,pas hayati mende nie,br aku sdr,"persahabatan ibarat covalent bond,kita berkongsi kelebihan dan kekurangan bersama ,percintaan ibarat ionic bond,kelemahan psgn adalah kekuatan kita,kelemahan kita adalah kekuatan psgn" :)

8 comments: